Sunday, March 6, 2011

DuniaKu Part13: KWSP vs Emas...

As Salam,

Umur kita saban tahun semakin meningkat. Begitu juga dengan tanggungjawab kita. Tanpa kita sedar kita sudah menjangkau pertengahan usia kita. Pada peringkat umur seperti ini kita mesti memikirkan tentang masa depan kita pada usia tua nanti, Insya Allah jika dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.

Bagi golongan yang bekerja swasta atau bekerja sendiri, simpanan adalah amat penting untuk menjamin kesenangan pada usia tua. Simpanan di dalam KWSP merupakan asset yang paling penting dan berguna untuk masa depan. Tapi adakah simpanan dalam KWSP tersebut cukup untuk menjamin kehidupan kita pada masa tua?

Sedarkah kita simpanan kita di dalam KWSP tersebut juga dipengaruhi dengan faktor inflasi? Kuasa beli kita saban tahun semakin berkurangan di sebabkan kebergantungan kita pada sistem wang kertas sekarang ini. Andaikan umur anda sekarang 30 tahun dan pada umur 55 tahun(pada tahun 2035) anda mendapat RM 100,000 untuk simpanan KWSP. Adakah kuasa beli RM 100,000 pada tahun 2035 sama dengan kuasa beli pada tahun 2011? Harga barang-barang pada tahun depan akan meningkat disebabkan kadar inflasi ini.

Sekiranya kita hanya bergantung pada simpanan KWSP ini, adakah simpanan masa depan kita mencukupi? Maka kita seharusnya bertindak untuk mengubah nasib kita.
Apa yang ingin saya syorkan ialah dengan membuat simpanan EMAS.
Mari kita buat analisa dan pengiraan.

Katakan umur kita sekarang 30 tahun dan umur bersara adalah 55 tahun. Maka kita mempunyai 25 tahun untuk menyimpan.

Andai pada masa sekarang anda membeli emas 100 gram dengan nilai RM 15,608.(rujukan dari Public Gold).

Dengan mengambil purata kenaikan emas sebanyak 30% setahun (sila rujuk graf kenaikan harga emas untuk tempoh 2005-2010 di bawah), maka jumlah simpanan anda untuk tempoh 25 tahun akan datang adalah sebanyak RM 132,668.00. Dengan hanya membeli emas 100g bernilai RM 15,608 pada masa sekarang, anda akan dapat simpanan tambahan pada usia tua nanti.


Sekiranya anda menyimpan wang kertas RM 15,608 pada masa sekarang, bolehkah nilai tersebut bertukar menjadi RM 132,668 sekiranya anda menyimpan di dalam bank sahaja atau ASB atau FD? Bolehkah pelaburan lain mencapai kenaikan tahunan sebanyak 30% setahun? Ingat dengan hanya sekali membeli emas 100g dan menyimpannya, anda mendapat keuntungan yang berganda. Sekiranya anda menyimpan banyak lagi emas, anda telah bertindak untuk menambah simpanan dan kesenangan anda pada masa tua.


Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu, harga ems telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz

Ini adalah kenaikan 188.3% (purata 37.66% setahun)

driftozona.blogspot

Thursday, February 10, 2011

DuniaKu Part12: Kereta impian...

As Salam,

Tak salah kalau kita selalu berangan. Tapi biarlah angan2 tu diistilahkan impian. Kalau impian, setidak2nya kita berusaha untuk jadikan kenyataan. Tapi segala impian yang bersifat keduniaan takkan kekal lama. Impian yang hakiki kepada-Nya adalah sesuatu yang kekal abadi.

Namun, semua manusia yang hidup di bumi tak terlepas memikirkan sesuatu impian yang terpendam. Tidak kiralah dari segi kebendaan, kerjaya, perniagaan, kemewahan dan sebagainya. Asalkan ianya tidak menyimpang dari prinsip Islam, tiada kesalahan nyata kalau kita impikan sesuatu yang bersifat keduniaan.

Aku cuba untuk menetapkan impian. Nissan Silvia S15 adalah impian di umur 40-an. InsyaAllah, jika dikurniakan kesihatan, umur dan rezeki, impian untuk memiliki S15 adalah sesuatu yang aku perlu pandang jauh.

Kalau sekarang, Toyota AE86 merupakan kereta 'lampau' yang terhebat. Kemungkinan besar 10 tahun lagi Nissan S15 akan menggantikan kegilaan AE86 (bagi peminat 'drifting'). He..he..he..

Apapun ini sekadar coretan yang bersifat impian. Segalanya menjadi ketentuan ilahi. Manusia biasa sekadar merancang dan berdoa.

Kalau ada keizinan yang Maha Esa, dapatlah aku kereta ini...


driftozona.blogspot

DriftKu Part18: Barang tahun 2011 Bobon...

As Salam,

Pembukaan siri 2011, Bobon memulakan langkah dengan sedikit bekalan 'performance parts' yang telah ditaja sepenuh oleh Poket Sendiri Sdn.Bhd. Alhamdulillah, capai gak target tahunan setelah berpeluh 'jantan' menabung.

Target utama untuk mengukuhkan chasis, aksesori dan menaik taraf kuasa tujahan (naik 1hp pun ok la)...

1) Ultra Racing, Front Lower Arm Bar - Memantapkan cengkaman dua2 tayar depan di selekoh dan mengelakkan chasis depan berbuai di selekoh.


2) Weber, 32/36 DGV - Membesarkan kadar campuran O2 dan minyak bagi tambahan tujahan dan memanjangkan nafas bila 'meneran'.


3) Ekzos 'manifold', 4-1 trust - Melawaskan aliran asap setelah aliran masuk telah menjadi besar melalui Weber.


4) Lampu belakang 1 set, GL spec. - Sekadar aksesori sebab lampu asal dh pecah. Kompom kena 'modify' sebab Bobon berbadan DX.


driftozona.blogspot

Wednesday, December 29, 2010

DuniaKu Part11: Tips menabung untuk anda...

Dari dulu saya diajar utk menabung. Saya berjaya membuat tabungan hasil dari duit raya, duit belanja, duit lebih pergi pasar malam dan lain2. Bukannya susah nak menabung, cuma kita saja yang terlalu memandang remeh pada duit yang bernilai kecil (cthnya: syiling dan RM1).

Menabung tak semestinya perlukan nilai yg besar. Cukup lah sekadar RM1 sehari. Saya bagi contoh bagaimana ianya membantu (berdasarkan amalan saya). Satu perkara yg kadang2 membingungkan kita ialah bila time nak renew roadtax/insuran kereta. Kalau ada bonus oklah, kalau takde, gelabah gak nak cekau duit. Roadtax/insuran biasanya akan tamat setahun sekali. Jadi kita mempunyai tempoh 365 hari untuk mencari duit bagi memperbaharuinya.

365 hari satu masa yg agak lama kalau kita dok tunggu depan jam dinding. Tapi, kalau kita sibuk dgn urusan harian, sekejap je nak sampai setahun. Jadi, cuba bayangkan kalau kita tekad bermula dari hari pertama menabung sebanyak RM2 sehari. Berapa yg kita dapat? RM730 secara tak sedar kita telah kumpul.

Wow! RM730 satu nilai yg besar dan amat membantu kita bila nak renew roadtax/insuran kereta. Bayangkan kalau tuan pakai Viva yang mana roadtaxnya tak seberapa. Rasanya lebih drpd cukup nilai tu :-) Tapi, kalau yg pakai MPV, setidak2nya taklah membebankan bila kena top-up nak cukupkan nilai bayaran yg penuh. Adakah menabung dapat membantu?

Itu contoh kalau nak renew roadtax/insuran. Kalau takde tujuan bolehlah digunakan sebagai tujuan kecemasan atau apa2 shj. Bayangkan kalau dapat menabung lebih dari setahun. Contohnya 3 tahun, RM2190 telah terkumpul. Dapat beli IPhone baru tu...:-)

Sekarang masa semakin pantas. Kita berbaloikanya dgn menabung. InsyaAllah...anda takkan rugi.

Inilah amalan yg membantu saya memiliki kehendak peribadi saya selama ini. Memang berbaloi walaupun saya bukan seorang jutawan.

p/s: Rencana ini tiada kaitan dgn MLM, Skim cepat kaya dan seumpamanya. :-)

Hasilnya!!!

Thursday, December 23, 2010

DuniaKu Part10: Datang dan pergi...

Sejak raya puasa ituari, blog aku ni kembali bersawang. Lama tak update... macam2 perkara telah datang dan pergi...

Kuasa Facebook telah memperlahankan genetik Blogger, Myspace, Flickr dan lain2. Sampai tak sempat nak 'up' cerita kat sini.

Kak Yong, Adam dan Adham terus membesar. Wife pun turut membesar.he...he..he.. Mulai 2011 Kak Yong dah masuk sekolah rendah, Adam pulak masuk tadika. Masa datang dan pergi begitu pantas... Cepat betul anak2 membesar.

2010 tahun yang penuh kesederhanaan. Ekonomi yang tak menentu telah memperlahankan segala perancangan (Bisnes dan Drift).

Di penghujung tahun 2010 ni pun ada yang telah datang dan pergi. Berita kelahiran diselangi dengan berita kematian. Begitulah datang dan pergi insan di sekitar kita...

Hanya tinggal beberapa hari lagi nak masuk ke tahun 2011 (tahun Masehi). Azam dah rancang dan hanya teruskan apa yang dirancang pada Awal Muharam tempohari.

Semoga lepas ni aku cergas untuk update blog ni dan membaloikannya.....hu...hu..hu....

Episod baru di tahun baru antara:

Aku,

Keluarga dan

Bobon.


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Buat semua blogger2,

Drifto Zona sekeluarga mengucapkan;

Buat perantau2, pandu cermat jiwa selamat.

Buat Drifter2, jangan berlumba di jalanraya.

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!

Monday, June 21, 2010

DriftKu Part17: BOBON terkini...


Musim FIFA World Cup telah menyebabkan Bobon tak banyak bergerak. Tambahan pula bila roadtax dah 'expired'. Memang betul2 berehat kali ni. Bila Bobon berehat, secara otomatik aku pun berehat daripada 'full throttle sideway' aka Drifting...

Oleh kerana tiada acara, aku dapat upgrade beberapa performance item kat Bobon. Baiki apa yang patut. Pegang2 apa yang patut...:-)

Wajah terkini Bobon ketika sedang asyik berehat...


















http://driftozona.blogspot.com