Sunday, August 2, 2009

DriftKu Part02: Bedah siasat untuk kehidupan semula...

* Untuk kejelasan cerita, aku telah menamakan jentera driftku sebagai 'Bobon'.

Masanya telah bermula. Tapak2 akan diatur dalam gelanggang Drift. Nekad + seram sejuk aku dibuatnya. Lepas je settle bayar duit ke tuan lama Bobon, tugas pertama perlu diheret ke bengkel untuk kasi dia jalan. Fuhh...nasib baik roadtax ada lagi walaupun tinggal beberapa hari je lagi nak expired.

Terima kasih kepada kawan2ku (Kazami dan Rimau) kerana menolong aku tunda Bobon. Bermula jam 5.00 petang hinggalah sampai jam 7.00 petang akhirnya berjaya sampai ke bengkel. Hari tu, nasib menyebelahi aku. Pomen periksa klac dan godek2, Bobon dah mula bergerak. Pomen cakap, klac tak cengkam sebab lama tak jalan. Hari tu juga, aku dapat bawa balik Bobon untuk 'show up' dengan banker aku (wife...) :-)

Dipendekkan lagi cerita, tugas major yang telah dibuat selepas peristiwa di atas ialah bedah siasat enjin Bobon dan penyelenggaraan major pada bahagian enjin. Untuk kehidupan barunya, aku telah tukar 'timing chain', klac, gasket, piston ring, wayar plug, plug dan servis radiator. Kira-kira ratusan jugak RM sudah keluar dari poket. Telan je lah.....Minat kena jalan...

Lagipun aku plan nak buat Bobon sebagai kereta ulang alik kerja.Jadi, enjin kenalah lancar dan tip-top. Kalau nak drift pun yakin. Apa plan Bobon lepas ni? Korang layan kat part seterusnya k... choww...


http://driftozona.blogspot.com

No comments: