Liputan menegenai event tu lah yang membuatkan dia beli majalah tu. Oleh kerana dia dah baca, aku pun pinjam...
Sebenarnya, ada sesuatu yang berbeza apabila membaca liputan tersebut.(Ini pun turut diakui oleh Kazami). Apa yang aku maksudkan tu? Sesuatu yang aku anggapkan rahsia yang telah dibongkarkan oleh Tengku Djan iaitu rahsia kejayaan beliau dalam sukan Drift. Wartawan telah mengajukan soalan 'maut' tu kepada D.K Malaysia dan disiarkan dalam liputan tersebut:
What do you think are the top qualities a drifter should have?
Tengku Djan, 32, Winner of 2009 Formula Drift ProAM Series (Singapore)
- Highly-skilled
- Disciplined
- Stay calm and focused
Juga, takde dia cakap perlu ada kereta yang h.p nya tinggi...he...he...he...
Secara realitinya, kata azimat tersebut mampu diikut oleh semua drifter yang serius untuk berjaya. Aku tertarik kepada salah satu kata2nya iaitu 'disiplin'. Betapa pentingnya disiplin dalam sukan drift. Ia juga mengingatkan aku pada siaran TV (satu masa dulu) yang mana Tengku Djan memberi pesanan,"Jangan Drift di jalanraya". Mungkin itu salah satu disiplin yang perlu beginner drifter tahu.
Apapun, terima kasih kepada wartawan Top Gear yang berjaya membongkar rahsia Tengku Djan. Itulah kata2 azimat buat drifter yang baru mula bertapak...
No comments:
Post a Comment