Saturday, October 17, 2009

DriftKu Part06: Demo Drift di TATIuc...

Setelah bercuti panjang sempena Hari Raya, kini masanya untuk aku update balik blog yang dah lama turut bercuti :-)

Bobon pun dah lama duduk kat garage tanpa sebarang progress. Sebelum start cuti hari tu, sempat juga aku service fuel tank dia. Kalau nak ikutkan takde sebab nak cabut fuel tank yang gedabak tu. Oleh kerana terdapat kebocoran di saluran getahnya, terpaksa la aku jalankan minor shutdown untuk menukar saluran yang bocor tu. Alang2 dah bawa turun fuel tank, kenalah servis terus...

Ditakdirkan juga elektrikal fuel pump dah 'kong', jadi terpaksalah juga keluar bajet beli fuel pump baru. Terpaksa guna mekanikal fuel pump sebab bajet takde nak beli elektrikal fuel pump.

Lepas saja naik cuti, aku dapat offer untuk drift show kat TATIuc Kemaman. Ini kali pertama drift show sempena Konvokesyen diorang. Aku sebagai salah seorang jokey team (Lekordrift), merasakan ianya peluang keemasan untuk menaikkan arena drift di sini. Tambahan pulak, inilah kali pertama aku dijemput untuk Drift show.

Ini petanda baik setelah bercuti lama dan ingin memulakan aktiviti2 drift yang tertangguh. Pada 9 Okt 09 yang lepas, telah selamat dijalankan Drift show. Aku sebagai salah seorang wakil Lekordrift merakamkan terima kasih kepada WYM Dungun Drift Academy kerana menaja stiker dan bekerjasama menjayakan Drift show. Buat TATI University College, terima kasih kerana menjemput Lekordrift. Tahun depan jangan lupa jemput lagi :-) Juga kepada Balai Polis Kijal kerana bekerjasama meminjamkan 'kon'. (Bukan senang nak Drift pakai 'kon' Polis..he...he...he...)


Inilah kenangan dan pengalaman yang aku dapat di sana: