Thursday, July 30, 2009

DuniaKu Part02: Menziarahi Kuala Lumpur...

28 hingga 30 Julai 2009, janji telah ditunaikan. Gitulah kalau dah jadi ayah, anak2 tuntut janji nak pergi jalan2 kat KL.

Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni. Sambil pergi bawa keluarga jalan2 kat KL, sambil shopping awal untuk raya nanti. Takdela sibuk nanti bila dah nak dekat raya. Memang puashati dan bengkak buku lali diorang jalan2. (nama pun jalan2).

Suka bebeno bila aku bawa diorang ke Zoo Negara. Dah lama anak2 aku tu nak tengok binatang betul2. Mana tidaknya, asyik tengok kat TV je. Adham tak habis2 nak tengok gajah. Aku pun sebenarnya seronok gak bila sekali-sekala layan binatang2 kat Zoo. Dulu2 masa kecik, tempat pertama bila sekolah buat lawatan, mesti pergi ke Zoo. Jadi, teringat la juga kenangan masa kecik2 dulu. Sambil tu, dapat gak lepas tension.

Esoknya, layan pulak kat dalam air tengok ikan. Fuhh...masuk dalam air tu...Mana taknya, layan ikan kat Aquaria KLCC. Ini Kak Yong punya idea yang disalurkan kepada ibunya dan dilontarkan kepada aku. Gitulah anak2. Kalau dia was2 nak 'sound direct' kat aku, mesti dia gunakan khidmat tali barutnya (ibunya ler...). Apapun, aku tak kisah.Janji diorang riang gembira...

Pastu, gi shopping baju raya. Aku takde beli apa2pun. Takpelah, apa yang penting baju wife dan anak2 dulu. Aku belakang kira. Orang lelaki takdela cerewet bila nak beli. Ada bajet beli pastu balik. Takdela cerewet macam orang pompuan shopping :-)

Percutian berjalan dengan lancar walaupun anak2 aku meragam (mengamuk kerana penat). Begitulah bila ada keluarga. Lepas ni, diorang mesti fikir idea baru untuk lanyak aku. Ermm...standby je la...

p/s: Kerja-kerja jugak, ada rezeki lebih bawalah keluarga anda bercuti demi untuk kebahagian. Cuti-cuti Malaysia!!!

http://driftozona.blogspot.com

Tuesday, July 28, 2009

DriftKu Part01: Kelahiran Jentera Drift ku - FEB 2007

Kalau dah rezeki tak kemana. Gitulah lebih kurang kesnya dengan jentera drift ku. Kalau nak diikutkan minat pada sukan drift, sekadar minat tak cukup kalau tak 'feel'. Tak cukup 'feel' kalau tak dapatkan jenteranya... :-0 (betul tak?)

Pada awalnya, aku cuma nak support member aku je (Kazami) untuk drifting. Tak pasang niat nak cari jentera utk drift. Nak dijadikan cerita, dia dapat info ada keta toyota nak jual. Aku pulak
sekadar teringin nak tengok je kereta tu sebab bajet takde. Minat punya pasal aku deal dengan 'seller' utk usha Toyota tu lepas balik kerja.

Rezeki menyebelahi aku ari tu. Dari sekadar nak usha, aku kena racun dengan Kazami lalu memberanikan diri utk stage 'negotation'. Hu...hu...hu... Berani tak berani, dah deal nak beli. Harganya? Memang berbaloi-baloi...dari RM1500, nego sampai lebam jadi ke RM1300 (sama
dengan 'cc'nya 1.3 liter) :-)

Masalahnya masa tu ialah mana nak cekau RM? Fuhhh....lega bila Wife aku luluskan 'loan' utk aku sementara nak tunggu gaji :-)
Terima kashi kepada wife aku yang bermurah hati gunakan duit simpanannya tatkala aku sangat2 memerlukan. (aku respek sama dia la...)

Alhamdulillah, rezeki datang bergolek tatkala jiwa drift sedang
memberontak.

Namun, masalah tetap ada pada Toyota tu. Tuan dia berani kasi 'low price' sebab tak boleh jalan sebab klacnya dah habis (dia suspek). Kenalah lah aku tarik ke workshop. Nampaknya, cabaran dah bermula, bila dah ada jentera, bajet kenalah 'struggle'. Aku kena cut cost sifat keborosan utk jentera drift ku.

Perjalanan masih panjang. Inilah hakikatnya. Aku kena redah,belasah, geledah dan berserah demi kerana minat.
Ini kisah aku pada 2007 yang lampau. Nak tau apa terjadi lepas tu? Korang layan la nanti kat Part02...

http://driftozona.blogspot.com

Monday, July 27, 2009

DuniaKu Part01: Keluarga sebagai tulang belakang.

Tadi sebelum nak tulis, wife aku telefon. Dia tanya nak bawa balik keta merah (keta drift) atau keta hijau (keta keluarga)? Kadang 2 terdetik jugak dalam hati aku ni, betapa perihatinnya wife aku tu bila salah satu kereta nak dibawa balik. Mana tidaknya, kalau aku bawa balik keta merah, dia akan alihkan pasu bunganya untuk aku masuk parking :-) (merah tu agak panjang saiznya)

Kesian juga kat dia, nak alih pasu bunga kesayangannya yang gedabak tu. Apapun, itulah ynag membuatkan aku jujur dan minat dengan dia sampai sekarang.... :-) He...he...he...

Sedar tak sedar dah 6 tahun aku berkhawin. Anak pun dah 3 orang. Sebab cari rezeki di Terengganu, maka aku berjodoh dengan wife yang berasal dari Kemaman. Anak sulong aku gelarkan dia Kak Yong, yang kedua Adam dan yang ketiga Adham.

Alhamdulillah, mereka faham apa yang aku minat dan buat sekarang ini. Malah, sejak aku minat dengan drift, merekalah sebagai pemberi semangat.

Jadi sebagai balasan, aku kena adil dengan minat mereka. (wife suka pasu dan bunga, anak2 suka mainan)...

Sayangilah keluarga anda!!!

http://driftozona.blogspot.com

Macamana nak mula ni?!

Sekarang baru nak buat blog. Takkan nak buat satu page utk blog kan peristiwa yang dah lepas?
Fuhh, tak habis nak taip tu....ditambah pulak dengan cerita yang terkini. Lagi berterabur kang...

(Pikiq punya pikiq) Aku rasa untuk 'story' kisah drift, bagus kalau di'tag'kan dengan DriftKu Part 01 sampailah infiniti. Pastu, utk 'story' peribadi, aku 'tag'kan dengan DuniaKu Part 01 sampailah infiniti.

Gud idea untuk permulaan cerita. Ok. kalau macam tu, korang layanlah berdasarkan 'tag' tu ye...

Buat sesiapa nak follow-up cerita DriftKu, inilah masanya...Layan sampai lebam...

http://driftozona.blogspot.com

Saturday, July 25, 2009

Kenapa DriftoZona?

Kenapa Drifto Zona? Takde nama lain ke?
Bukan taknak bubuh nama lain, tapi rasa nama ni yang canggih sikit nak dengarnya. Kalau nak diikutkan maknanya, takde lah mendalam pun maknanya...

Gini cerita pendeknya, dulu2, ada seorang member aku (Harista) dalam kelab (lekordrift) minta ahli2 reka nama samaran untuk menyamar. Dia pun reka nama dia Drifto Setta. Jadi, nak dikaitkan cerita, aku pun mulakan dengan Drifto Zona.

Zona tu adalah perkataan yang tertera kat sport rim yang pertama aku beli utk toyota aku.
Rim ni pun baik punya, rim Bridgestone Zona. Susah mau cari rim Bridgestone la ni. Tayar adalaa...



Maka tersembul lah nama tu sehingga aku berjaya merealisasikannya menjadi blog peribadi yang tuan2 dan puan2 baca sekarang ini. :-)

Lebih kurang gitu lah ceritanya utk asal usul Drifto Zona...

http://driftozona.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

Prakata dari pengarang-Julai 2009


Salam Sejahtera,

Blog ini mula dihasilkan pada Julai 2009. Ia adalah satu kisah diari seorang budget drifter yang memulakan siri perjalanan seorang yang bergelar drifter.

Juga menceritakan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik kehidupan hayatnya. :-)

100% ditulis dalam Bahasa Malaysia buat bacaan yang mudah difahami. (Penulis tak pandai sangat nak karang dalam B.I)

Diharap perkongsian ini juga dapat memberi manfaat serba sedikit kepada para pembacanya. Lebih-lebih lagi yang berminat dalam dunia drift.

Pengarang tidak menjanjikan sesuatu yang hebat di sini. Ianya lebih kepada sebuah perkongsian cerita kehidupan yang realiti.

Terima kasih.

DriftoZona
http://driftozona.blogspot.com

Profil Penulis:
Nama: Zamanee Aman
Tahun dilahirkan: 1980
Asal: Johor
Status: Berkahwin, seorang isteri dan 3 orang anak.
Pekerjaan: Juruteknik Petrochemical
Hobi: Drift, Moderate website dan blog, merekacipta, bisnes e-dagang.

Kenderaan drift: Toyota KE70 liftback
Tahun buatan: 1980
Nama panggilan: Drifto Zona - Team Lekordrift
Zambrota - Drifter
Ebisu - Forum DCM