Monday, August 31, 2009

DriftKu Part05: Hiasan dalaman (b)...

Selamat berpose buat Muslimin dan Muslimah.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
"Harijadi Malaysia, rakyat telah dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak :-( "

Mula2 aku ingat nak 'freeze' dulu blog ni dlm bulan puasa.Tapi,lama sangat pulak tak update. Memandangkan masa yang banyak terluang kat ofis, rugi gak kalau tak update cerita.

Bobon telah membesar dengan cepat. Untuk kali ni aku nak update masih lagi pada bahagian interior. Rezeki kat tempat kerja, member aku offer full bucket seat murah2 (RECARO semi original) coz dia nak ambil Bride. Pastu sorang lagi member offer stereng quick release murah2. Kebetulan bajet kat poket ada spare, aku sebat je offer2 tu. Pastu aku usha stereng offset dan beli terus. Pastu yang terakhir, tombol gear yang aku beli kat Johor pun aku telah sarungkan.

Seminggu lepas tu, aku bawa Bobon pergi kedai panel utk pasang seat. Oleh kerana pomen kedai tu (Mr Lee) dah biasa layan Bobon, dia offer pulak upah murah. Memang murah rezeki masa tu. Al-Hamdulillah...

Mulai dari saat itu, hala tuju untuk merubah Bobon menjadi spec. keta drift berjalan lancar dan meransang semangat aku.

Sementara tu, kerja2 pembersihan inerior masih lagi dijalankan.

http://driftozona.blogspot.com











Thursday, August 27, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...



Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN Dari saya sekeluarga...



Thursday, August 20, 2009

DuniaKu Part06: Bila dah bapa borek, anak pun rintik...

Tak sangka pulak kejadian ni boleh berlaku...

Masa tengah dok rehat kat dapur (sementara tunggu wife masak), aku pun layan la anak2 aku main kat ruang luar. Dalam masa tu, tiba2 anak aku yang no.3 tu layan donut dengan keta mainan dia. Tergamam aku dibuatnya...

Mana taknya, baru 2 tahun dah pandai cuba buat aksi donut kat rumah. Pastu aku panggil wife aku dan tunjuk, tergelak besar dia. Aku pun kasi tangkap la video...

Seingat aku, inilah kesan daripada aku bawa dia pergi tengok drift show semalam. Fuhh...tak sangka anak aku tu ada niat dan minat nak cuba buat pada keretanya. Jadi pulak tu...

Apapun, bapa borek anak rintik. Betul la kata2 perumpamaan tu... ;-)

Ini buktinya:

Monday, August 17, 2009

DuniaKu Part05: WYM Drift Academy dilancarkan...

Bertuah orang Dungun...

Pada 15 Aug 09 lepas, bertempat di WYM Goodyear Dungun, akademi drift telah dilancarkan dan diberi nama WYM Drift Academy. Apa yang menariknya, pihak WYM telah menjemput Pro Drifter dari Team Drift-Art untuk mempamerkan 'Drift Show' sempena menyambut ambang merdeka.

Sebelah pagi sekadar show off untk kereta drift. Antara kereta2 yang ada masa tu ialah A31 Nissan Cefiro (Biru muda), S15 Nissan Silvia (Orange) , RX7 Mazda (Kuning), KE70 Toyota Corolla (Kereta akademi drift WYM). Kereta memang gempak2 belaka. Semuanya telah diubahsuai mengikut selera spesifikasi drift yang sebenar.







Sebelah petang pulak, aksi drift show berlansung di tapak dataran merdeka,Dungun. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama aksi drift dari Pro Drifter di Dungun. Maka, dengan itu segelintir masyarakat dapat menyaksikan sendiri aksi drift di depan mata. (Aku dah biasa, sebab aku memang drifter..hu...hu...hu..).

Apapun, ini perkembangan yang positif untuk sukan drift di Terengganu. Terima kasih kepada WYM Goodyear dengan usaha memperkenalkan akademi drift. Bravo!!!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akademi drift WYM, boleh hubungi Faisal 019-9399393.





Friday, August 14, 2009

DuniaKu Part04: Kata2 azimat dari Tengku Djan...

Masa rehat tengahari tadi, member aku (Kazami) beritahu dia ada beli majalah Top Gear. Kalau nak ikutkan, jarang2 gak dia nak beli majalah tu. Tapi, dia kata ada cerita best yang membuatkan dia terus je beli. Yelah...baru2 ni Formula Drift ProAM Series 2009 baru je habis.

Liputan menegenai event tu lah yang membuatkan dia beli majalah tu. Oleh kerana dia dah baca, aku pun pinjam...

Sebenarnya, ada sesuatu yang berbeza apabila membaca liputan tersebut.(Ini pun turut diakui oleh Kazami). Apa yang aku maksudkan tu? Sesuatu yang aku anggapkan rahsia yang telah dibongkarkan oleh Tengku Djan iaitu rahsia kejayaan beliau dalam sukan Drift. Wartawan telah mengajukan soalan 'maut' tu kepada D.K Malaysia dan disiarkan dalam liputan tersebut:

What do you think are the top qualities a drifter should have?
Tengku Djan, 32, Winner of 2009 Formula Drift ProAM Series (Singapore)
  • Highly-skilled
  • Disciplined
  • Stay calm and focused
Fuhh....jawapan yang ringkas,padat dan berkualiti. Maka, itulah rahsianya untuk menjadi drifter yang berkualiti. Takdepun dia cakap perlu ada wajah yang tampan...he...he...he
Juga, takde dia cakap perlu ada kereta yang h.p nya tinggi...he...he...he...

Secara realitinya, kata azimat tersebut mampu diikut oleh semua drifter yang serius untuk berjaya. Aku tertarik kepada salah satu kata2nya iaitu 'disiplin'. Betapa pentingnya disiplin dalam sukan drift. Ia juga mengingatkan aku pada siaran TV (satu masa dulu) yang mana Tengku Djan memberi pesanan,"Jangan Drift di jalanraya". Mungkin itu salah satu disiplin yang perlu beginner drifter tahu.

Apapun, terima kasih kepada wartawan Top Gear yang berjaya membongkar rahsia Tengku Djan. Itulah kata2 azimat buat drifter yang baru mula bertapak...





Tuesday, August 11, 2009

DuniaKu Part03: Jalan2 cari bunga...

Bukan cari bunga a.k.a awek, cari bunga betul2 daa...

Sabtu, hari minggu se-Malaysia. Wife dah plan awal2 untuk aku bawa dia gi usha bunga. Nak taknak, aku perlu menghormati hobi dia. Pusing2 bandar Dungun hari minggu takdelah sesibuk mana. Trafik ok dan ini membuatkan aku happy je layan kehendak wife aku tu...



Sebenarnya berbaloi juga bila beli bunga2 ni. Dapat gak tambah oksigen kat rumah. Yelah, duduk kat kawasan perumahan, bukannya ada banyak pokok pun. Lagipun, ini memang salah satu cabang hobi seorang suri rumah yang tak boleh nak elak. hu...hu...hu...

Ermmmm...orang perempuan kalau dah ada kat kedai bunga, dengan pasu2 bunga pun dia nak belasah.


Apapun, aku telah mengembirakan wife dan anak2. Wife dapat bunga dan pasu baru. Anak2 dapat jalan2. Ini juga tanggungjawab aku untuk menghormati hobi orang yang menyokong kuat hobi driftku.





Akhirnya, inilah yang dibawa pulang...


Friday, August 7, 2009

DriftKu Part04: Hiasan dalaman (a)...

Bajet dalam poket tak selalunya tebal, aku tak dapat nak beli aksesori yang branded2 dan baru2. Mujur la ada aksesori 'cap ayam' dan barang2 2nd hand yang murah2.
Lepas je upgrade syarat wajib spec. drift. Aku fokus untuk kerja2 pembersihan bahagian dalaman. Memadangkan 80% Bobon akan digunakan untuk drift, jadi ruang kokpit perlulah dihias ala2 kereta drift. Macam ni (target):


Tu dalaman yang aku dapat sample dari kereta 86 DK Malaysia (Tdjan). :-) Ianya nampak simple, bersih, elegan dan konfiden. Untuk drifting, alatan dalam kokpit perlulah simple. Kalau berserabut dengan aksesori macam kereta Autoshow, nanti bila drifting, berterabur pulak...

Jadi untuk stage permulaan, aku telah:
1) Buang semua kapet lantai.
2) Kikis tar anti karat.
3) Buang dan susunatur semula wiring.
4) Pasang aksesori yang patut.
5) Hantar ke body shop untuk repair mana yang karat dan bocor.









Tuesday, August 4, 2009

DriftKu Part03: Bobon sedia berkhidmat...

Lepas ratus-ratusan bajet di bahagian enjin aku modalkan. Kini, Bobon berjiwa baru dan sedia berkhidmat untuk aku :-)
Jadi, kini aku lebih tertumpu pada plan nak tukar nama dan renew roadtax untuk jadikan Bobon sah di sisi undang2 jalanraya. Kira 2 minggu lepas tu, aku telah berjaya mengesahkan Bobon sebagai milikku setelah urusan tukar nama berjaya di JPJ Kemaman. Nasib baik masa tu tak perlu pergi Puspakom. Sebab, masa tu belum dikuatkuasakan untuk Puspakom. Lega2...Save bajet...

Ini gambar selepas keluar dari workshop

Projek seterusnya ialah memeriksa bahagian body Bobon dan menafsir tahap karat dan reputnya. Alhamdulillah, keseluruhannya tidak lah terlalu major. Tapi aku tetap kena buat untuk merawat sebelum jadi lebih teruk nanti. Nak jadikan sebuah kereta drift, aku kena ikut spesifikasi seperti berikut:

1) Welding axle untuk jadikan pacuannya ala2 LSD (khas untuk bajet drifter)
2) Rendahkan dan keraskan spring.

Akhirnya, Bobon telah berjaya di setup mengikut spek di atas. Untuk spring, aku masih gunakan absorber asal. Cuma kerat 2 inci spring depan dan belakang.

Pastu, aku beli kaburator baru (Taiwan made) dan pasang stiker D1 GP. Seterusnya, aku tumpu kepada kekemasan, aksesori dan 'performance'.


Sunday, August 2, 2009

DriftKu Part02: Bedah siasat untuk kehidupan semula...

* Untuk kejelasan cerita, aku telah menamakan jentera driftku sebagai 'Bobon'.

Masanya telah bermula. Tapak2 akan diatur dalam gelanggang Drift. Nekad + seram sejuk aku dibuatnya. Lepas je settle bayar duit ke tuan lama Bobon, tugas pertama perlu diheret ke bengkel untuk kasi dia jalan. Fuhh...nasib baik roadtax ada lagi walaupun tinggal beberapa hari je lagi nak expired.

Terima kasih kepada kawan2ku (Kazami dan Rimau) kerana menolong aku tunda Bobon. Bermula jam 5.00 petang hinggalah sampai jam 7.00 petang akhirnya berjaya sampai ke bengkel. Hari tu, nasib menyebelahi aku. Pomen periksa klac dan godek2, Bobon dah mula bergerak. Pomen cakap, klac tak cengkam sebab lama tak jalan. Hari tu juga, aku dapat bawa balik Bobon untuk 'show up' dengan banker aku (wife...) :-)

Dipendekkan lagi cerita, tugas major yang telah dibuat selepas peristiwa di atas ialah bedah siasat enjin Bobon dan penyelenggaraan major pada bahagian enjin. Untuk kehidupan barunya, aku telah tukar 'timing chain', klac, gasket, piston ring, wayar plug, plug dan servis radiator. Kira-kira ratusan jugak RM sudah keluar dari poket. Telan je lah.....Minat kena jalan...

Lagipun aku plan nak buat Bobon sebagai kereta ulang alik kerja.Jadi, enjin kenalah lancar dan tip-top. Kalau nak drift pun yakin. Apa plan Bobon lepas ni? Korang layan kat part seterusnya k... choww...


http://driftozona.blogspot.com