Sunday, March 6, 2011

DuniaKu Part13: KWSP vs Emas...

As Salam,

Umur kita saban tahun semakin meningkat. Begitu juga dengan tanggungjawab kita. Tanpa kita sedar kita sudah menjangkau pertengahan usia kita. Pada peringkat umur seperti ini kita mesti memikirkan tentang masa depan kita pada usia tua nanti, Insya Allah jika dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.

Bagi golongan yang bekerja swasta atau bekerja sendiri, simpanan adalah amat penting untuk menjamin kesenangan pada usia tua. Simpanan di dalam KWSP merupakan asset yang paling penting dan berguna untuk masa depan. Tapi adakah simpanan dalam KWSP tersebut cukup untuk menjamin kehidupan kita pada masa tua?

Sedarkah kita simpanan kita di dalam KWSP tersebut juga dipengaruhi dengan faktor inflasi? Kuasa beli kita saban tahun semakin berkurangan di sebabkan kebergantungan kita pada sistem wang kertas sekarang ini. Andaikan umur anda sekarang 30 tahun dan pada umur 55 tahun(pada tahun 2035) anda mendapat RM 100,000 untuk simpanan KWSP. Adakah kuasa beli RM 100,000 pada tahun 2035 sama dengan kuasa beli pada tahun 2011? Harga barang-barang pada tahun depan akan meningkat disebabkan kadar inflasi ini.

Sekiranya kita hanya bergantung pada simpanan KWSP ini, adakah simpanan masa depan kita mencukupi? Maka kita seharusnya bertindak untuk mengubah nasib kita.
Apa yang ingin saya syorkan ialah dengan membuat simpanan EMAS.
Mari kita buat analisa dan pengiraan.

Katakan umur kita sekarang 30 tahun dan umur bersara adalah 55 tahun. Maka kita mempunyai 25 tahun untuk menyimpan.

Andai pada masa sekarang anda membeli emas 100 gram dengan nilai RM 15,608.(rujukan dari Public Gold).

Dengan mengambil purata kenaikan emas sebanyak 30% setahun (sila rujuk graf kenaikan harga emas untuk tempoh 2005-2010 di bawah), maka jumlah simpanan anda untuk tempoh 25 tahun akan datang adalah sebanyak RM 132,668.00. Dengan hanya membeli emas 100g bernilai RM 15,608 pada masa sekarang, anda akan dapat simpanan tambahan pada usia tua nanti.


Sekiranya anda menyimpan wang kertas RM 15,608 pada masa sekarang, bolehkah nilai tersebut bertukar menjadi RM 132,668 sekiranya anda menyimpan di dalam bank sahaja atau ASB atau FD? Bolehkah pelaburan lain mencapai kenaikan tahunan sebanyak 30% setahun? Ingat dengan hanya sekali membeli emas 100g dan menyimpannya, anda mendapat keuntungan yang berganda. Sekiranya anda menyimpan banyak lagi emas, anda telah bertindak untuk menambah simpanan dan kesenangan anda pada masa tua.


Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu, harga ems telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz

Ini adalah kenaikan 188.3% (purata 37.66% setahun)

driftozona.blogspot

Thursday, February 10, 2011

DuniaKu Part12: Kereta impian...

As Salam,

Tak salah kalau kita selalu berangan. Tapi biarlah angan2 tu diistilahkan impian. Kalau impian, setidak2nya kita berusaha untuk jadikan kenyataan. Tapi segala impian yang bersifat keduniaan takkan kekal lama. Impian yang hakiki kepada-Nya adalah sesuatu yang kekal abadi.

Namun, semua manusia yang hidup di bumi tak terlepas memikirkan sesuatu impian yang terpendam. Tidak kiralah dari segi kebendaan, kerjaya, perniagaan, kemewahan dan sebagainya. Asalkan ianya tidak menyimpang dari prinsip Islam, tiada kesalahan nyata kalau kita impikan sesuatu yang bersifat keduniaan.

Aku cuba untuk menetapkan impian. Nissan Silvia S15 adalah impian di umur 40-an. InsyaAllah, jika dikurniakan kesihatan, umur dan rezeki, impian untuk memiliki S15 adalah sesuatu yang aku perlu pandang jauh.

Kalau sekarang, Toyota AE86 merupakan kereta 'lampau' yang terhebat. Kemungkinan besar 10 tahun lagi Nissan S15 akan menggantikan kegilaan AE86 (bagi peminat 'drifting'). He..he..he..

Apapun ini sekadar coretan yang bersifat impian. Segalanya menjadi ketentuan ilahi. Manusia biasa sekadar merancang dan berdoa.

Kalau ada keizinan yang Maha Esa, dapatlah aku kereta ini...


driftozona.blogspot

DriftKu Part18: Barang tahun 2011 Bobon...

As Salam,

Pembukaan siri 2011, Bobon memulakan langkah dengan sedikit bekalan 'performance parts' yang telah ditaja sepenuh oleh Poket Sendiri Sdn.Bhd. Alhamdulillah, capai gak target tahunan setelah berpeluh 'jantan' menabung.

Target utama untuk mengukuhkan chasis, aksesori dan menaik taraf kuasa tujahan (naik 1hp pun ok la)...

1) Ultra Racing, Front Lower Arm Bar - Memantapkan cengkaman dua2 tayar depan di selekoh dan mengelakkan chasis depan berbuai di selekoh.


2) Weber, 32/36 DGV - Membesarkan kadar campuran O2 dan minyak bagi tambahan tujahan dan memanjangkan nafas bila 'meneran'.


3) Ekzos 'manifold', 4-1 trust - Melawaskan aliran asap setelah aliran masuk telah menjadi besar melalui Weber.


4) Lampu belakang 1 set, GL spec. - Sekadar aksesori sebab lampu asal dh pecah. Kompom kena 'modify' sebab Bobon berbadan DX.


driftozona.blogspot