Tuesday, December 29, 2009

DuniaKu Part08: Terengganu Negeri Indah...

Selepas dinaik tarafkan menjadi bandaraya, Kuala Terengganu juga banyak berubah. Mana tidaknya, semua orang tahu Terengganu adalah salah satu negeri dalam Malaysia yang sesuai untuk melancong.

Selepas dilanda bah banjir tempohari, inilah masanya untuk melupakan sejenak kesedihan kami sekeluarga. Cuti2 Malaysia...

Walaupun tinggal di Terengganu, tak semestinya dapat pergi melihat tempat2 menarik. Jadi, baru2 ni aku pun pergi lah bawa keluarga ke Kuala Terengganu. Duduk dah lama, masih belum pernah pergi ke Muzium Negeri. Anak2 aku pun 'first time' gak pergi.

Memang puashati dapat pergi ke Muzium. Besar giler !!! Banyak sejarah negeri Terengganu yang aku tahu secara tak lansung. (walaupun aku ni asal Johor :-) )

Pastu, kami pergi ke Taman Tamadun Islam. (Tak jauh dari Muzium). Bukannya apa, nak melihat suasana replika bangunan sejarah dunia. Masjid kristal pun ada juga di TTI.

Rancangan cuti2 Malaysia berjalan dgn lancar. Anak2 gembira sakan. Belum lagi habis 'explore' negeri Terengganu. Mungkin kalau ada rezeki lepas ni, jalan2 pergi pulau pulak. Bawalah keluarga pergi bercuti. Gembirakan hati mereka kerana mereka adalah nadi anda.

Cuti2 Malaysia - Datanglah ke Terengganu...

http://driftozona.blogspot.com


Thursday, December 10, 2009

DriftKu Part08: D1 Spec oil catch tank...

Kembali semula ke arena 'drifting'. Walaupun belum habis lagi musim banjir, semangat utk 'upgrade' Bobon belum lagi hanyut dlm arus banjir :-)

Berbekalkan bajet yg masih ada sikit dalam poket, dengan pertolongan mudah.com aku berjaya membeli 'Oil Catch Tank'. Harga yang berpatutan dan jenama yang menarik perhatian aku.

D1 Spec Oil Catch Tank

Walaupun ianya tidak menambahkan H.P pada Bobon, setidak2nya ia membantu percikan minyak hitam daripada 'top cover' utk berkumpul dalam tank tanpa masuk terus ke ruang pembakaran. Biasanya bila enjin 'high RPM' baru berlakunya percikan yang agak kuat.


Pemasangan berjalan lancar walaupun secara DIY. Apa yang penting ianya dapat menyerikan lagi ruang enjin Bobon yang masih dikuasakan oleh 4K standard modified :-)

http://driftozona.blogspot.com


Tuesday, December 8, 2009

DuniaKu Part07: Tuhan menguji hambaNya tidak kira masa.

Musim tengkujuh di Terengganu tahun ini cukup2 memberikan impak yang besar buat penduduk setempat. Termasuklah aku...

Ini adalah musim terburuk yang pernah aku alami sepanjang musim tengkujuh. Memang betul hujan itu rahmat,tapi jika sekali ianya 'bah', itu tandanya Tuhan menguji tahap kesabaran kita di atas rezekiNya.

Rumah aku banjir....

Namun begitu, syukur tiada kehilangan nyawa. Kerosakan barang? Biasalah tu...
Anak2 aku seronok sebab dapat main air. Yelah, dalam kesedihan ada keserokannya. Mak bapak rasa sedih,anak2 rasa seronok.

Di mana Bobon? Bejaya dibawa awal2 ke tempat yang selamat. Kalau tak, berendam sampai kembang la jawabnya.

Tuhan akan menguji hambaNya dalam pelbagai bentuk musibah. Sebagai hambaNya, terima seadanya dengan tabah dan bersabar. Mungkin ada sesuatu yang tersirat...

http://driftozona.blogspot.com