Wednesday, December 29, 2010

DuniaKu Part11: Tips menabung untuk anda...

Dari dulu saya diajar utk menabung. Saya berjaya membuat tabungan hasil dari duit raya, duit belanja, duit lebih pergi pasar malam dan lain2. Bukannya susah nak menabung, cuma kita saja yang terlalu memandang remeh pada duit yang bernilai kecil (cthnya: syiling dan RM1).

Menabung tak semestinya perlukan nilai yg besar. Cukup lah sekadar RM1 sehari. Saya bagi contoh bagaimana ianya membantu (berdasarkan amalan saya). Satu perkara yg kadang2 membingungkan kita ialah bila time nak renew roadtax/insuran kereta. Kalau ada bonus oklah, kalau takde, gelabah gak nak cekau duit. Roadtax/insuran biasanya akan tamat setahun sekali. Jadi kita mempunyai tempoh 365 hari untuk mencari duit bagi memperbaharuinya.

365 hari satu masa yg agak lama kalau kita dok tunggu depan jam dinding. Tapi, kalau kita sibuk dgn urusan harian, sekejap je nak sampai setahun. Jadi, cuba bayangkan kalau kita tekad bermula dari hari pertama menabung sebanyak RM2 sehari. Berapa yg kita dapat? RM730 secara tak sedar kita telah kumpul.

Wow! RM730 satu nilai yg besar dan amat membantu kita bila nak renew roadtax/insuran kereta. Bayangkan kalau tuan pakai Viva yang mana roadtaxnya tak seberapa. Rasanya lebih drpd cukup nilai tu :-) Tapi, kalau yg pakai MPV, setidak2nya taklah membebankan bila kena top-up nak cukupkan nilai bayaran yg penuh. Adakah menabung dapat membantu?

Itu contoh kalau nak renew roadtax/insuran. Kalau takde tujuan bolehlah digunakan sebagai tujuan kecemasan atau apa2 shj. Bayangkan kalau dapat menabung lebih dari setahun. Contohnya 3 tahun, RM2190 telah terkumpul. Dapat beli IPhone baru tu...:-)

Sekarang masa semakin pantas. Kita berbaloikanya dgn menabung. InsyaAllah...anda takkan rugi.

Inilah amalan yg membantu saya memiliki kehendak peribadi saya selama ini. Memang berbaloi walaupun saya bukan seorang jutawan.

p/s: Rencana ini tiada kaitan dgn MLM, Skim cepat kaya dan seumpamanya. :-)

Hasilnya!!!

Thursday, December 23, 2010

DuniaKu Part10: Datang dan pergi...

Sejak raya puasa ituari, blog aku ni kembali bersawang. Lama tak update... macam2 perkara telah datang dan pergi...

Kuasa Facebook telah memperlahankan genetik Blogger, Myspace, Flickr dan lain2. Sampai tak sempat nak 'up' cerita kat sini.

Kak Yong, Adam dan Adham terus membesar. Wife pun turut membesar.he...he..he.. Mulai 2011 Kak Yong dah masuk sekolah rendah, Adam pulak masuk tadika. Masa datang dan pergi begitu pantas... Cepat betul anak2 membesar.

2010 tahun yang penuh kesederhanaan. Ekonomi yang tak menentu telah memperlahankan segala perancangan (Bisnes dan Drift).

Di penghujung tahun 2010 ni pun ada yang telah datang dan pergi. Berita kelahiran diselangi dengan berita kematian. Begitulah datang dan pergi insan di sekitar kita...

Hanya tinggal beberapa hari lagi nak masuk ke tahun 2011 (tahun Masehi). Azam dah rancang dan hanya teruskan apa yang dirancang pada Awal Muharam tempohari.

Semoga lepas ni aku cergas untuk update blog ni dan membaloikannya.....hu...hu..hu....

Episod baru di tahun baru antara:

Aku,

Keluarga dan

Bobon.


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Buat semua blogger2,

Drifto Zona sekeluarga mengucapkan;

Buat perantau2, pandu cermat jiwa selamat.

Buat Drifter2, jangan berlumba di jalanraya.

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!

Monday, June 21, 2010

DriftKu Part17: BOBON terkini...


Musim FIFA World Cup telah menyebabkan Bobon tak banyak bergerak. Tambahan pula bila roadtax dah 'expired'. Memang betul2 berehat kali ni. Bila Bobon berehat, secara otomatik aku pun berehat daripada 'full throttle sideway' aka Drifting...

Oleh kerana tiada acara, aku dapat upgrade beberapa performance item kat Bobon. Baiki apa yang patut. Pegang2 apa yang patut...:-)

Wajah terkini Bobon ketika sedang asyik berehat...


















http://driftozona.blogspot.com

Saturday, June 19, 2010

DriftKu Part16: Bertemu 'Tandem Assassin'...


Sekian lama menyepi daripada berblog. Kini, kembali lagi...
Inilah akibat bila dah ada akaun kat Facebook. Habis berlapuk akaun Blogger aku.

Apa nak cerita? Hah, kan dah 'blank' kepala otak aku nak buka topik.

O.klah, aku buka topik dengan aktiviti drift terkini. Baru2 ni, dengan semangat waja untuk bertemu Tengku Djan (My Drift Idol), maka sampailah aku di Plus Speedway,Subang Jaya. Apa hal? Apa lagi layan Pro Drift event, 30 May 2010~ FXOpen Drift round 01~


Aku dan Kazami saja yang pergi. Secara tak lansung juga, sebagai wakil Lekordrift (LD media) untuk membuat liputan. Ye lah, dlm hati aku ialah fokus untuk bersua muka dengan Tengku Djan...he...he..he... Amik gambar dan minta autograf.


Terima kasih juga kepada organizer kerana telah memberikan kitaorang Media Pass. Jadi, bebaslah nak buat coverage. Bebas juga aku nak redah kat kawasan official photographer...:-)

Dipendekkan cerita, memang layan sampai ke tulang event tu. Tambahan pulak, Tengku Djan telah menjadi Juara untuk Round 01. Biasa tgk dalam Youtube je aksi beliau. Sekali tengok betul2, ibarat macam Pakcik Kayooooo!!!

Alhamdulillah, yang teramat manis sepanjang meminati Tengku Djan, akhirnya aku berkesempatan bergambar dan mengambil autograf sebagai sumber inspirasi moral dalam dunia drifting aku. Ini hasilnya:

Akhirnya aku pulang ke Terengganu dengan seribu kenangan dan matlamat yang telah tercapai. Terima kasih kepada wife aku yang memahami dan menyokong minat aku ini.... Tanpa sokongan seorang wanita, seorang lelaki takkan mampu berbuat apa2.


http://driftozona.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

DriftKu Part15: Drift paling sempurna...

Lama betul aku tak update blog ni, sedangkan banyak peristiwa yang berlaku di sekitar dunia dan drift ku. Yelah, komitmen sebagai pihak atasan kelab memang suntuk betul masa. Berhabuk bila aku tengok blog aku ni.

Nak update cerita panjang lebar, belum draft lagi. Takpelah, kasi video la sikit. Video yang aku attach ni adalah kisah benar dalam dunia drift. Ini adalah aksi drift yang paling sempurna aku tengok. Ia juga adalah skill terbaik oleh Kawabata (Drifter Jepun) sepanjang dari tahun 2006 hingga sekarang. (yang aku tengok dalam vcd/dvd).

Walaupun dah lama video ni dalam Youtube, aku akan 'bump' di sini sebagai tanda penghormatan kepada Kemahiran yang Sebenar dan Sempurna oleh Professional Drifter - Masato Kawabata







Juga, kemahiran yang jitu bukan datang dalam masa yang singkat dan mudah. Lihat bagaimana pula beliau berlawan dengan situasi yang dahsyat dalam dunia driftnya. Beliau tetap bangkit walaupun kemalangan itu satu trauma bagi golongan professional...


Friday, February 12, 2010

DriftKu Part14: Berjumpa sahabat baru...

Selama aku pusing2 bandar Kemaman (dulu sampai sekarang) memang susah nak jumpa orang muda bawa Oldskool. Yang aku perasan cuma orang2 lama je yang bawa. Itu pun keretanya memang standard gaban. Yela, mana ada orang muda nak layan Oldskool, awek tak mari kot...

Kalau mat2 Honda Vtec memang bersepah. Awek memang layan punya bila bro2 bawa Honda. Apapun, itu rezeki masing2. Rezeki aku, anak dah 3 orang....:-)

Namun begitu, aku telah berjumpa dengan seorang kenalan baru yang masih muda tetapi berjiwa Oldskool. Rasanya kat Kemaman ni, kereta dia yang paling menonjol jiwa Oldskoolnya.

Brader tu ialah Mr. Yen@Yot. Nice person. Dapat tambah lagi kenalan dari Kemaman. Sembang punya sembang, dia ni memang peminat Drift. Bagus-bagus...... :-)

Di akhir pertemuan, dapat gak aku snap gambar kereta dia. Nice car to drive with girlfrenz... He...he...he...

Yen@Yot, harap kita dapat berjumpa lagi.

http://driftozona.blogspot.com

Friday, February 5, 2010

DuniaKu Part09: Sepetang Di Kuala Kemaman...

Hujung minggu yang lengang. Berjalan ke Kuala Kemaman memang menyeronokkan. Layan angin pantai dan tengok orang main wau.

Bersama keluarga layan nasi putih,lauk ikan panggang cicah budu dan singgang memang mantop...Terima kasih kat adik ipar aku (Mizan N family) yang menyediakan juadah tu.

Dah layan makan tghari, lepak2 jap layan angin laut (rumah dekat je tepi pantai). Anak2 pulak, lepas makan terus je serbu pantai. Guling2 main pasir. Seronok bebeno. Macam baru keluar penjara seronoknya :-)

Petangnya, layan anak2 pulak dengan karenah mereka yang tak habis2 lagi main pantai. Sambil2 tu tengok penduduk setempat main wau.

Kuala Kemaman juga terkenal dengan keropok lekor, satar dan otak2. Siapa2 yang pernah sampai Kemaman, pasti rugi kalau tak layan makanan2 tu. Saje je info. he...he...he...

Hari yang seronok untuk family aku. Anak2 puas layan pantai. Terima kasih sekali lagi buat adik ipar aku. Ada rezeki, akan datang serang lagi...hu..hu..hu..

Akhir kata, ringan2kan masa anda bawa keluarga makan angin. Mereka gembira, anda gumbira.

http://driftozona.blogspot.com










Tuesday, January 26, 2010

DriftKu Part13: Bring Up My Video.

Saja2 mengimbau kembali video2 zaman dulu... :-)

Layan...






http://driftozona.blogspot.com

Friday, January 22, 2010

DriftKu Part12: Bridgestone Zona telah diputihkan...

Nampak agak lusuh aku punya rim bila dah hampir 2 tahun guna. Keputusan telah diambil untuk mengecat rim Zona aku menjadi warna putih.

Hari minggu yang lengang,sambil ditemani oleh askar2 aku, Bridgestone Zona telah berubah warna. Rim ini juga telah diberikan tugas sebagai rim utama (belakang) untuk aku praktis dan event.

Untuk 4 biji rim saiz 13 inci, aku telah menggunakan 3 spray tin putih dan 1 spray tin clear (Jenama Anchor). Kalau korang nak DIY cat rim, aku prefer brand Anchor. :-)

Bridgestone Zona sedia berkhidmat kepada Bobon Bin Zambrota... :-)

http://driftozona.blogspot.com

Wajah baru Bridgestone Zona 2010 !