Tuesday, December 8, 2009

DuniaKu Part07: Tuhan menguji hambaNya tidak kira masa.

Musim tengkujuh di Terengganu tahun ini cukup2 memberikan impak yang besar buat penduduk setempat. Termasuklah aku...

Ini adalah musim terburuk yang pernah aku alami sepanjang musim tengkujuh. Memang betul hujan itu rahmat,tapi jika sekali ianya 'bah', itu tandanya Tuhan menguji tahap kesabaran kita di atas rezekiNya.

Rumah aku banjir....

Namun begitu, syukur tiada kehilangan nyawa. Kerosakan barang? Biasalah tu...
Anak2 aku seronok sebab dapat main air. Yelah, dalam kesedihan ada keserokannya. Mak bapak rasa sedih,anak2 rasa seronok.

Di mana Bobon? Bejaya dibawa awal2 ke tempat yang selamat. Kalau tak, berendam sampai kembang la jawabnya.

Tuhan akan menguji hambaNya dalam pelbagai bentuk musibah. Sebagai hambaNya, terima seadanya dengan tabah dan bersabar. Mungkin ada sesuatu yang tersirat...

http://driftozona.blogspot.com

No comments: