Friday, February 5, 2010

DuniaKu Part09: Sepetang Di Kuala Kemaman...

Hujung minggu yang lengang. Berjalan ke Kuala Kemaman memang menyeronokkan. Layan angin pantai dan tengok orang main wau.

Bersama keluarga layan nasi putih,lauk ikan panggang cicah budu dan singgang memang mantop...Terima kasih kat adik ipar aku (Mizan N family) yang menyediakan juadah tu.

Dah layan makan tghari, lepak2 jap layan angin laut (rumah dekat je tepi pantai). Anak2 pulak, lepas makan terus je serbu pantai. Guling2 main pasir. Seronok bebeno. Macam baru keluar penjara seronoknya :-)

Petangnya, layan anak2 pulak dengan karenah mereka yang tak habis2 lagi main pantai. Sambil2 tu tengok penduduk setempat main wau.

Kuala Kemaman juga terkenal dengan keropok lekor, satar dan otak2. Siapa2 yang pernah sampai Kemaman, pasti rugi kalau tak layan makanan2 tu. Saje je info. he...he...he...

Hari yang seronok untuk family aku. Anak2 puas layan pantai. Terima kasih sekali lagi buat adik ipar aku. Ada rezeki, akan datang serang lagi...hu..hu..hu..

Akhir kata, ringan2kan masa anda bawa keluarga makan angin. Mereka gembira, anda gumbira.

http://driftozona.blogspot.com










1 comment:

CikLilyPutih said...

pantai nie kat sebelah mane ek? kat area jeti LKIM tu ke yang ade pasar ikan tepi tuh?