Saturday, June 19, 2010

DriftKu Part16: Bertemu 'Tandem Assassin'...


Sekian lama menyepi daripada berblog. Kini, kembali lagi...
Inilah akibat bila dah ada akaun kat Facebook. Habis berlapuk akaun Blogger aku.

Apa nak cerita? Hah, kan dah 'blank' kepala otak aku nak buka topik.

O.klah, aku buka topik dengan aktiviti drift terkini. Baru2 ni, dengan semangat waja untuk bertemu Tengku Djan (My Drift Idol), maka sampailah aku di Plus Speedway,Subang Jaya. Apa hal? Apa lagi layan Pro Drift event, 30 May 2010~ FXOpen Drift round 01~


Aku dan Kazami saja yang pergi. Secara tak lansung juga, sebagai wakil Lekordrift (LD media) untuk membuat liputan. Ye lah, dlm hati aku ialah fokus untuk bersua muka dengan Tengku Djan...he...he..he... Amik gambar dan minta autograf.


Terima kasih juga kepada organizer kerana telah memberikan kitaorang Media Pass. Jadi, bebaslah nak buat coverage. Bebas juga aku nak redah kat kawasan official photographer...:-)

Dipendekkan cerita, memang layan sampai ke tulang event tu. Tambahan pulak, Tengku Djan telah menjadi Juara untuk Round 01. Biasa tgk dalam Youtube je aksi beliau. Sekali tengok betul2, ibarat macam Pakcik Kayooooo!!!

Alhamdulillah, yang teramat manis sepanjang meminati Tengku Djan, akhirnya aku berkesempatan bergambar dan mengambil autograf sebagai sumber inspirasi moral dalam dunia drifting aku. Ini hasilnya:

Akhirnya aku pulang ke Terengganu dengan seribu kenangan dan matlamat yang telah tercapai. Terima kasih kepada wife aku yang memahami dan menyokong minat aku ini.... Tanpa sokongan seorang wanita, seorang lelaki takkan mampu berbuat apa2.


http://driftozona.blogspot.com

No comments: