Friday, August 14, 2009

DuniaKu Part04: Kata2 azimat dari Tengku Djan...

Masa rehat tengahari tadi, member aku (Kazami) beritahu dia ada beli majalah Top Gear. Kalau nak ikutkan, jarang2 gak dia nak beli majalah tu. Tapi, dia kata ada cerita best yang membuatkan dia terus je beli. Yelah...baru2 ni Formula Drift ProAM Series 2009 baru je habis.

Liputan menegenai event tu lah yang membuatkan dia beli majalah tu. Oleh kerana dia dah baca, aku pun pinjam...

Sebenarnya, ada sesuatu yang berbeza apabila membaca liputan tersebut.(Ini pun turut diakui oleh Kazami). Apa yang aku maksudkan tu? Sesuatu yang aku anggapkan rahsia yang telah dibongkarkan oleh Tengku Djan iaitu rahsia kejayaan beliau dalam sukan Drift. Wartawan telah mengajukan soalan 'maut' tu kepada D.K Malaysia dan disiarkan dalam liputan tersebut:

What do you think are the top qualities a drifter should have?
Tengku Djan, 32, Winner of 2009 Formula Drift ProAM Series (Singapore)
  • Highly-skilled
  • Disciplined
  • Stay calm and focused
Fuhh....jawapan yang ringkas,padat dan berkualiti. Maka, itulah rahsianya untuk menjadi drifter yang berkualiti. Takdepun dia cakap perlu ada wajah yang tampan...he...he...he
Juga, takde dia cakap perlu ada kereta yang h.p nya tinggi...he...he...he...

Secara realitinya, kata azimat tersebut mampu diikut oleh semua drifter yang serius untuk berjaya. Aku tertarik kepada salah satu kata2nya iaitu 'disiplin'. Betapa pentingnya disiplin dalam sukan drift. Ia juga mengingatkan aku pada siaran TV (satu masa dulu) yang mana Tengku Djan memberi pesanan,"Jangan Drift di jalanraya". Mungkin itu salah satu disiplin yang perlu beginner drifter tahu.

Apapun, terima kasih kepada wartawan Top Gear yang berjaya membongkar rahsia Tengku Djan. Itulah kata2 azimat buat drifter yang baru mula bertapak...





No comments: