Tuesday, August 4, 2009

DriftKu Part03: Bobon sedia berkhidmat...

Lepas ratus-ratusan bajet di bahagian enjin aku modalkan. Kini, Bobon berjiwa baru dan sedia berkhidmat untuk aku :-)
Jadi, kini aku lebih tertumpu pada plan nak tukar nama dan renew roadtax untuk jadikan Bobon sah di sisi undang2 jalanraya. Kira 2 minggu lepas tu, aku telah berjaya mengesahkan Bobon sebagai milikku setelah urusan tukar nama berjaya di JPJ Kemaman. Nasib baik masa tu tak perlu pergi Puspakom. Sebab, masa tu belum dikuatkuasakan untuk Puspakom. Lega2...Save bajet...

Ini gambar selepas keluar dari workshop

Projek seterusnya ialah memeriksa bahagian body Bobon dan menafsir tahap karat dan reputnya. Alhamdulillah, keseluruhannya tidak lah terlalu major. Tapi aku tetap kena buat untuk merawat sebelum jadi lebih teruk nanti. Nak jadikan sebuah kereta drift, aku kena ikut spesifikasi seperti berikut:

1) Welding axle untuk jadikan pacuannya ala2 LSD (khas untuk bajet drifter)
2) Rendahkan dan keraskan spring.

Akhirnya, Bobon telah berjaya di setup mengikut spek di atas. Untuk spring, aku masih gunakan absorber asal. Cuma kerat 2 inci spring depan dan belakang.

Pastu, aku beli kaburator baru (Taiwan made) dan pasang stiker D1 GP. Seterusnya, aku tumpu kepada kekemasan, aksesori dan 'performance'.


No comments: