Monday, August 31, 2009

DriftKu Part05: Hiasan dalaman (b)...

Selamat berpose buat Muslimin dan Muslimah.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
"Harijadi Malaysia, rakyat telah dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak :-( "

Mula2 aku ingat nak 'freeze' dulu blog ni dlm bulan puasa.Tapi,lama sangat pulak tak update. Memandangkan masa yang banyak terluang kat ofis, rugi gak kalau tak update cerita.

Bobon telah membesar dengan cepat. Untuk kali ni aku nak update masih lagi pada bahagian interior. Rezeki kat tempat kerja, member aku offer full bucket seat murah2 (RECARO semi original) coz dia nak ambil Bride. Pastu sorang lagi member offer stereng quick release murah2. Kebetulan bajet kat poket ada spare, aku sebat je offer2 tu. Pastu aku usha stereng offset dan beli terus. Pastu yang terakhir, tombol gear yang aku beli kat Johor pun aku telah sarungkan.

Seminggu lepas tu, aku bawa Bobon pergi kedai panel utk pasang seat. Oleh kerana pomen kedai tu (Mr Lee) dah biasa layan Bobon, dia offer pulak upah murah. Memang murah rezeki masa tu. Al-Hamdulillah...

Mulai dari saat itu, hala tuju untuk merubah Bobon menjadi spec. keta drift berjalan lancar dan meransang semangat aku.

Sementara tu, kerja2 pembersihan inerior masih lagi dijalankan.

http://driftozona.blogspot.com











No comments: