Friday, January 8, 2010

DriftKu Part09: Ultra Racing Strut Bar...

Kestabilan 'body' sebuah kereta bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah faktor usia kereta itu. Semakin tua usia kereta, semakin kurang 'reliability' kekuatan penyambungan antara 'body'

Kalau kereta itu sekadar dibawa pergi ke pasar, Kestabilan 'body' kereta bukanlah sesuatu yang perlu difikirkan. Tapi, kalau kereta tu dahlah tua, buat pulak main drift, tak ke meraung kereta tu macam kena bedal....

Jadi, nak taknak aku kena cari sesuatu untuk mengukuhkan lagi 'body' Bobon. Kumpul punya kumpul duit tabung, dapatlah aku membeli;

Ultra Racing Front Strut Bar.


Terima kasih kepada DWORKS GARAGE yang memberi 'special price'. Apapun, memang terasa perubahan pada kawalan pemanduan samaada di jalanraya atau ketika 'drifting'. Jika mengambil selekoh, pemanduan lebih tegap. Tidak membuai2. Manakala bila aku main drift, kemasukan ke arah 'drift point' lebih mudah dan tepat. Juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan peratusan untuk menjadi 'bad oversteer'.

Secara khususnya, ianya dapat mengukuhkan lagi 'body' Bobon. Ini cuma faktor yang tidak seberapa. Untuk lebih kukuh, aku perlu mendapatkan fender bar, rear strut bar dan lain2 lagi. Terima kasih kepada Ultra Racing yang memikirkan kehendak 'owner' oldskool di kala kegilaan drift sedang memuncak. :-)

Untuk lebih, aku perlu menabung semula. Menabung untuk Bobon berjalan segak seperti usia mudanya...

http://driftozona.blogspot.com

2 comments:

Rosso said...

Owh, new info tu. Aku baru tau KE/TE/AE sume sama ya barang dia. Malangnye boot bar aku tak muat nak pasang. Ada surge tank terpacak. Hmm.

DriftoZona said...

Yup,

Tapi ada part juga yg beza sikit.

Suggest pasang bro...relocate la surge tank tu.

Nak pulak pakai turbo, body kena jaga.Tork dr turbo boleh membawa 'effect'.