Thursday, July 30, 2009

DuniaKu Part02: Menziarahi Kuala Lumpur...

28 hingga 30 Julai 2009, janji telah ditunaikan. Gitulah kalau dah jadi ayah, anak2 tuntut janji nak pergi jalan2 kat KL.

Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni. Sambil pergi bawa keluarga jalan2 kat KL, sambil shopping awal untuk raya nanti. Takdela sibuk nanti bila dah nak dekat raya. Memang puashati dan bengkak buku lali diorang jalan2. (nama pun jalan2).

Suka bebeno bila aku bawa diorang ke Zoo Negara. Dah lama anak2 aku tu nak tengok binatang betul2. Mana tidaknya, asyik tengok kat TV je. Adham tak habis2 nak tengok gajah. Aku pun sebenarnya seronok gak bila sekali-sekala layan binatang2 kat Zoo. Dulu2 masa kecik, tempat pertama bila sekolah buat lawatan, mesti pergi ke Zoo. Jadi, teringat la juga kenangan masa kecik2 dulu. Sambil tu, dapat gak lepas tension.

Esoknya, layan pulak kat dalam air tengok ikan. Fuhh...masuk dalam air tu...Mana taknya, layan ikan kat Aquaria KLCC. Ini Kak Yong punya idea yang disalurkan kepada ibunya dan dilontarkan kepada aku. Gitulah anak2. Kalau dia was2 nak 'sound direct' kat aku, mesti dia gunakan khidmat tali barutnya (ibunya ler...). Apapun, aku tak kisah.Janji diorang riang gembira...

Pastu, gi shopping baju raya. Aku takde beli apa2pun. Takpelah, apa yang penting baju wife dan anak2 dulu. Aku belakang kira. Orang lelaki takdela cerewet bila nak beli. Ada bajet beli pastu balik. Takdela cerewet macam orang pompuan shopping :-)

Percutian berjalan dengan lancar walaupun anak2 aku meragam (mengamuk kerana penat). Begitulah bila ada keluarga. Lepas ni, diorang mesti fikir idea baru untuk lanyak aku. Ermm...standby je la...

p/s: Kerja-kerja jugak, ada rezeki lebih bawalah keluarga anda bercuti demi untuk kebahagian. Cuti-cuti Malaysia!!!

http://driftozona.blogspot.com

No comments: