Monday, August 17, 2009

DuniaKu Part05: WYM Drift Academy dilancarkan...

Bertuah orang Dungun...

Pada 15 Aug 09 lepas, bertempat di WYM Goodyear Dungun, akademi drift telah dilancarkan dan diberi nama WYM Drift Academy. Apa yang menariknya, pihak WYM telah menjemput Pro Drifter dari Team Drift-Art untuk mempamerkan 'Drift Show' sempena menyambut ambang merdeka.

Sebelah pagi sekadar show off untk kereta drift. Antara kereta2 yang ada masa tu ialah A31 Nissan Cefiro (Biru muda), S15 Nissan Silvia (Orange) , RX7 Mazda (Kuning), KE70 Toyota Corolla (Kereta akademi drift WYM). Kereta memang gempak2 belaka. Semuanya telah diubahsuai mengikut selera spesifikasi drift yang sebenar.







Sebelah petang pulak, aksi drift show berlansung di tapak dataran merdeka,Dungun. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama aksi drift dari Pro Drifter di Dungun. Maka, dengan itu segelintir masyarakat dapat menyaksikan sendiri aksi drift di depan mata. (Aku dah biasa, sebab aku memang drifter..hu...hu...hu..).

Apapun, ini perkembangan yang positif untuk sukan drift di Terengganu. Terima kasih kepada WYM Goodyear dengan usaha memperkenalkan akademi drift. Bravo!!!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akademi drift WYM, boleh hubungi Faisal 019-9399393.





2 comments:

wam 314 said...

driftzona....terima kasih trima kami sbagai followers engkau...bab blog memang piap sikit sbb tak brapa pandai...janji bobon kau dashat.... saya minta tunjuk ajar dari panduan dari saudara tq.. saya dari team tarik belakang.khusus bagi toyota gl dx..skrang kami rehat sebentar dari aktiviti drift..mungkin slepas raya aktih balik.sbb polis kacau...he he..

Zambrota said...

Wam 314,

Biasala,lama2 pandai la buat blog tu. Dah ada blog pun dah kira bagus ...

Nak tunjuk ajar pasal teknikal dan drift, tak de la pandai sangat. Cukup2 makan je...

Bobon aku pun baru je boleh jinak...

Tu laaa...drift kat tempat awam mmg polis kacau punya. Register kelab dan minta la dengan majlis untuk tapak latihan.Gerenti boleh drift sampi lebam punya...:-)

'Jangan Drift di jalanraya'